Wednesday, January 25, 2012

Kerna ia....

Kerna kesilapan masa lalu, ianya menggugat kebahgiaan yang ada sekarang


Kerna Cinta, ianya terpaksa berahsia 


Kerna Kasih, Ianya terpaksa berkorban walaupun terluka


Kerna Angkuh dan bongkak, hati terpaksa kecewa


Kerna diri bagaikan minyak tanah, api kecil semakin besar dan marak


Kerna mulut, hancur segalanya


Kerna Hati yang keras, mata terpaksa buta walau melihat


Kerna tidak mengambil iktibar dari masa lalu, semuanya menjadi lautan air mata sekali lagi


Kehidupan ini sukar diduga, Kadang2 tenang kadang2 kacau bilau...dalam perjalan hidup yang singkat ini.. suka duka pahit manis terpaksa dilalui dirasai untuk menghargai kehidupan dengan lebih baik.. cinta yang ada mungkin kekal mungkin jua atau mungkin terpaksa dilepaskan.. bahgia yang ada akan hancur jika dituruti ego, mungkin jua hidup dalam penafian selamanya...
Ya Allah ku mohon pada Mu Ya Rabb lembutkan lah hati mereka termasuk diriku, berikanlah sinar bahgia semula dalam keluarga besar ini Ya Allah.. Ya Allah jadikanlah kami orang sabar, berpandangan jauh dan redha dengan takdir yang Engkau berikan pada kami..Ampunkan lah dosa-dosa kami Ya Allah dan berikan kami rahmat Mu di dunia dan akhirat.. AMin~~